04 January 2012

UltraSel Awaydays : Nogori vs Selangor | 10 Januari 2012 | Star Of Paroi

AWAYDAYS



Tarikh : 10 Januari 2012
Hari : Selasa
Tempat : STAR of Paroi

Bayaran : RM21.00 (Termasuk Tiket dan Bas)

Berkumpul : Restoran Hakim Seksyen 7
Waktu : 3:00ptg/1500
Bertolak : 4:30ptg/1630



 Komrad baru anda sangat dialu-alukan untuk turut serta  ,
 sebarang pertanyaan boleh berhubung Oren Sprite . 


-BantaiSampaiMati!-




AM36

01 January 2012

Selangor 0-0 NS Betaria


Seri tanpa jaringan,bukanlah keputusan yang kita harapkan,apa apa pun pasukan negeri kesayangan kita telah   mencuba berhabis habisan.

Kali ini ramai juga komrad komrad baru yang berani menyertai kami di terrace, semoga berjumpa lagi di perlawanan perlawanan akan datang,komitmen anda semua tak kira yang baru atau yang lama adalah ditagih sama sekali.

Perlawanan seterusnya ialah perlawanan persahabatan menentang Pos Malaysia di Stadium MBPJ,Kelana Jaya pada 3 Januari 2012 jam 5 petang.Mari kita semua sama sama tunjukkan kepada skuad posmen betapa hebatnya skuad Merah Kuning kita ini!

Bantai sampai mati!

Gambar kredit buat Mirul Photography.

28 December 2011

UiTM 0-7 Selangor


Tujuh gol tanpa balas,itu cerita nya di atas padang Stadium UiTM Shah Alam menyaksikan skuad negeri kita beraksi penuh yakin merobek gawang lawan.Itu atas padang,di terrace penyokong pula,lagu lagu baru ditampilkan oleh capo,menghasilkan suasana yang agak meng'gila' dapat dirasai oleh semua komrad yang hadir pada malam semalam.

Terima kasih banyak banyak buat mereka yang turut sama serta bersama semalam,Jumaat ini giliran Pahang pula menjadi mangsa skuad Gergasi Merah kita!

Tahniah kepada komrad komrad yang baru menyertai ultraSel semalam walaupun hanya ini perlawanan persahabatan,terima kasih kerana membuang perasan malu anda untuk menyertai kami.Jangan malu jangan segan,tiada erti segan dalam kamus seorang ultras.Biasakanlah diri anda berdiri bersorak 90 minit dan jangan takut juga untuk tegur menegur dengan komrad yang lain.

Ketagih untuk chant lagi? jangan lupa turun Jumaat ini di Stadium UiTM Shah Alam jam 5 petang!

-SA

23 December 2011

Selangor (4) vs Johor (1) (Friendly)

22 Disember 2011 .

8.30mlm Stadium Pasir Gudang, Pasir Gudang , Johor.

Gol-gol dijaringkan oleh : Amri Yahyah | Amirul Hadi Zainal | Ramez Dayoub | R. Surendran







-AM36-

22 December 2011

MP Muar (1) vs Selangor (2) | 20-12-2011

Stadium MP Muar , Muar , Johor 

Gol dijaringkan oleh : Adib | P Gunalan 



Gambar ikhsan : Shah Mn. 

Pada 22hb Dis 2011 pula Selangor akan menentang Johor  di Stadium Pasir Gudang , Pasir Gudang Johor .
Perlawanan bermula pada 8.30mlm .

Anak Selangor yang berada disana ayuh turun berikan sokongan kepada Wira MerahKuning kita .


-AM36-

Selangor (3) vs PDRM (1) | 17-12-2011

Stadium MPSJ , Subang Jaya .
Gol dijaringkan oleh : Amri Yahyah (3)






Credit Picture : Mirul Puzi
-AM36-

Selangor (5) vs MP Muar (0) | 14-12-2011

Stadium MBPJ .
Gol dijaringkan oleh : Amri Yahyah | Fitri Shazwan | Adib | Bunyamin | Solihin 








Credit Pic  : Shah Amirul

-
AM36-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...